KISAH 2(pakcik K)So kisah satu lagi ni pulak, pakcik ni masuk wad je memang dah bedridden, maksudnya pakcik ni masuk wad guna stretcher, terlantar tak boleh buat apa. Memang nampak kritikal dah. So setiap hari, setiap kali waktu melawat je mesti ramai relatives pakcik ni. Dan takdir Allah, pakcik tu nazak pada hari Jumaat. Waktu tu preen dan rakan2 tengah dengan madam kitorg, bincang pasal kes2 setakat haritu, then waris pakcik K ni datang kat kitorang tanya doktor mana. preen pon tunjuklah kat kaunter nurse tu, sebab memang doktor selalu duduk kat situ. Pastu bila preen intai, doktor sorang pon takde. Nurse pulak semua tengah siap2 nak solat maghrib dan rehat setelah kerja tanpa henti dari pukul 2 petang. Mujur ada sorang nurse lelaki, tapi memang dah tak boleh buat apa sebab pakcik tu memang dah ditarik nyawa time tu. So boleh nampak waris dia yang cari doktor tadi tu nangis teruk, preen rasa tu anak pakcik tu la kot. Jadi junior preen pon siap2 la nak uruskan jenazah sebelum dibawa turun ke bilik mayat. Nak dijadikan cerita, madam preen tanya la waris tadi, ada kain pelikat ke tak, sebab nak dijadikan pakaian untuk jenazah. Waris dia ni pulak tengah mood sedih la kot, tapi dia cakap daloam nada yang tinggi dengan madam preen. Dia kata kain pelikat takde, dalam nada tinggi. Padahal madam preen tanya elok2 ja. then barulah ada waris lain cakap ada, 2 kain pelikat, nanti saya kasi ya. Ha boleh kan cakap elok2. Kami ni nak uruskan jenazah waris dia kot, bukan mintak dia bayar. Ni nak marah2 kenapa? Kira bersyukurlah sebab kami nak bersihkan jenazah.😉
KISAH 3(pakcik J)Next story, pakcik ni, preen yang amik pakcik ni dari hd(hemodialisis). Preen amik pakcik ni dengan sorang junior preen. Masa kami amik pakcik ni, dia still dalam keadaan duduk, so takde la turunkan kepala katil dia. Before bawak naik, orang kat hd ni pesan, nanti tanya staff nurse, nak sambung ke tak something ni, preen lupa nama dia. then dia bagitau gak yang bp(blood pressure) pakcik ni rendah. So lepas naik, preen bagitau lah staff nurse apa yang preen perlu bagitau. Then kawan preen amikkan bp pakcik tu sebab dia memang jaga kubikel yang pakcik tu duduk, so preen sambunglah buat keje preen. Then tiba2 nurse dengan doktor kecoh2 pergi kat katil pakcik tu. Rupanya pakcik tu dah collapse, tak sedarkan diri. So lepas doktor dah check apa semua, keadaan kecoh gak la masa tu, so preen pergi la dari kubikel tu sebab ramai sangat orang. tengah borak2 dengan sorang junior ni, tiba2 ada junior lain datang kata nurse suruh senior buat CPR kat pakcik tu. Jadinya kami pon gilir2 lah buat CPR kat pakcik tu. End up, pakcik tu pergi jugak. Lebih 9 cycle gak la kami buat kat pakcik tu. Tapi Allah lebih menyayangi pakcik tu. Bagusnya keluarga pakcik ni, diorang baik je, lemah lembut je cakap dengan doktor, nurse. Menangis pon tak meraung2, macam dah lama redha. 😙
Sekejap je Allah boleh tarik nyawa kita. Tengah sihat2 boleh je terjatuh, then meninggal. Tak pon, tengah menaip2 ni pon boleh meninggal, kita tak tahu.. Kematian itu rahsia Allah. So sentiasalah bertaubat setiap hari yaaa...💓
No comments:
Post a Comment